Nama penulis artikel : Khodori Ahmad
Asal : Institut Aminudin Baki
Sumber artikel : Proquest.
Tarikh artikel : September 2012
Pengenalan.
Pengurusan
merupakan kunci penting kejayaan pelaksanaan dan keberkesanan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah. Kejayaan pengurusan pula antaranya bergantung kepada
keupayaan pihak pengurusan menterjemahkan pelbagai pemikiran di belakang PBS
kepada program untuk mencapai tujuan tertentu. PBS dibawa masuk ke dalam sistem
pendidikan di Malaysia untuk bergandingan dengan peperiksaan pusat
merealisasikan pentaksiran holistik. Pentaksiran holistik dipercayai mampu
membantu negara menjana modal insan yang diperlukan negara bagi mendepani
cabaran abad 21 khususnya yang kreatif dan inovatif.
Ulasan
Artikel.
Ekoran
rungutan dan dakwaan pelbagai pihak bahawa sistem pendidikan negara terlalu
berpaksikan peperiksaan maka kerajaan memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) bagi menggantikan sistem peperiksaan sedia ada yang juga
sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan.
Sistem
PBS adalah salah satu usaha kerajaan melalui Kementerian Pelajaran membangunkan
modal insan secara holistik dengan menekankan penguasaan ilmu pengetahuan,
modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika dan
moral yang tinggi.
PBS
merupakan satu pentaksiran bersifat holistik yang dianggap berkemampuan menilai
aspek kognitif (intelek), efektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani)
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR).
Secara
spesifik, PBS dioptimumkan bagi mentaksir bidang akademik dan bukan akademik,
memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran
formatif (pentaksiran yang dijalankan semasa proses pembelajaran berlangsung)
dan sumatif (pentaksiran di akhir satu unit pembelajaran) berasaskan sekolah.
Namun,
apakah sebenar objektif PBS? Umum mengetahui pelaksanaan sistem baru ini ialah
mendapatkan gambaran secara keseluruhan tentang potensi individu, memantau
pertumbuhan dan membantu meningkatkan potensi individu dan membuat pelaporan
bermakna tentang pembelajaran individu.
Dalam
usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan
Standard diperkenalkan iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat
kemajuan dan pertumbuhan pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang
murid.
Ia
mengandungi proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham
dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan
standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti
dihasratkan dalam dokumen kurikulum.
Harus
ditegaskan bahawa Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian
seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam
pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid dalam
pembelajaran dengan merujuk kepada pernyataan standard.
Murid-murid
dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan
keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan
dengan orang lain.
Pihak
sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data
kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang
murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami,
menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna,
penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan
bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.
PBS
memberi autonomi kepada guru melaksanakan pentaksiran berdasarkan kesediaan
murid kerana tujuan sistem ini diperkenalkan ialah untuk membantu guru dan
murid mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid semasa pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.
Wajar
diingatkan bahawa PBS tidak membandingkan murid dengan murid lain malah
kejayaan murid diukur bersandarkan standard yang harus dicapai di sesuatu tahap
pembelajaran.
Adalah
diharapkan dengan cara ini tekanan ke atas murid dan guru dapat dikurangkan
kerana murid tidak dibandingkan dengan kumpulan yang lebih cerdas atau terpaksa
menunggu rakan lain yang belum menguasai sepenuhnya sesuatu kemahiran yang
diajar untuk maju.
Apa
yang penting, PBS ini jika dilaksanakan dengan baik dan terancang, ia bakal
mewujudkan persekitaran yang harmonis dalam kelas untuk untuk perkembangan
individu dan pada masa yang sama memberi banyak manfaat serta mampu mengurangkan
beban tugas guru.
Lebih
jelas, proses penambahbaikan yang diperkenalkan Kementerian Pelajaran menerusi
PBS ini memberi gambaran bahawa sistem peperiksaan berpusat seperti UPSR dan
PMR bukan lagi suatu bentuk penilaian tunggal dalam mengukur pencapaian murid
menguasai pembelajaran.
No comments:
Post a Comment