.:Assalamualaikum...Selamat Datang ke Blog Kami:.

Friday, 22 November 2013

Artikel 4

Nama penulis artikel   : Hjh Norzila Mohd Yusof
Asal                             : Examinations Syndicate, Ministry of Education Malaysia
Sumber artikel             :Proquest.                               
Tarikh artikel               : 3 June 2013


Ulasan Artikel.


Artikel ini membincangkan mengenai pelaksanaan mengenai sistem pentaksiran berasaskan sekolah yang telah mula diimplemen ke dalam seistem pendidikan di Malaysia beberapa tahun kebelakang ini.  Dimana ianya telah dimulakan di peringkat sekolah rendah pada tahun 2011 dan peringkat sekolah menengah pada tahun 2012.

            Turut ditekankan ialah sistem penjaminan kualiti untuk setiap pentaksiran yang dilakukan.  Antaranya ialah pementeron, penyeliaan, dan penambahbaikan di adakan dari semasa ke semasa untuk memastikan kualiti pelaksanaannya berada pada tahap yang sentiasa di kehendaki.

            Terdapat beberapa isu yang telah timbul, antaranya ialah masalah penerimaan PBS dalam sistem pendidikan di kalangan pentadbir dan guru-guru. Iannya timbul disebabkan oleh ketirisan maklumat mengenai PBS dari peringkat atasan. Selain itu, terdapat juga masalah memberi latihan kepada guru memandangkan bilangan mereka yang ramai.

            Kesimpulannya, artikel ini memberi gambaran perjalanan pelaksaan sistem PBS di Malaysia, dan cabaran/ isu yang timbul sepanjang pelaksanaanya.

No comments:

Post a Comment