1.0 PENGENALAN
Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS)
Sistem
Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) adalah satu sistem pentaksiran yang
diperkenalkan dalam transformasi pendidikan. SPPK merupakan transformasi
daripada sistem yang menumpukan kepada ujian pencapaian dan peperiksaan
(berorientasi peperiksaan) kepada sistem yang lebih holistik. Tujuannya ialah
untuk menyediakan satu set indikator untuk menilai potensi murid dan kesediaan
untuk belajar, selain menguji penguasaan dan pencapaian.
PBS
mengandungi empat komponen utama iaitu Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran
Berpusat, Aktiviti Fizikal, Pentaksiran Sukan dan Kurikulum dan Pentaksiran
Psikometrik. (Norzila 2013). Pentaksiran adalah komponen penting dalam
pendidikan kerana ia memberi maklumat mengenai perkembangan murid kepada guru,
ibubapa dan murid itu sendiri. Hasil pentaksiran boleh membantu guru menilai
kaedah pengajaran dan aktiviti yang dilaksanakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Faedah pelaksanaan PBS
adalah pelajar dapat menunjukkan kebolehan dan kemampuan sepenuhnya,
pelajar sentiasa mendapat maklum-balas yang teliti,guru dapat memilih
pendekatan yang pelbagai, guru sentiasa meningkatkan kebolehan pentaksiran,
guru mendapat latihan profesional, guru boleh mengadaptasi kurikulum dengan
keaadan setempat dan guru sentiasa mendapat nasihat dan bimbingan (Quensland
Studies Authority, 2010)
Kementerian
prihatin terhadap dakwaan bahawa sistem pendidikan Negara terlalu berpaksikan
peperiksaan. Justeru, Mesyuarat Jemaah
Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi
Pendidikan.
PBS
merupakan satu usaha untuk membangunkan modal insan secara holistik melalui
penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan
sikap progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi seperti
tercatat di dalam Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang
dihasratkan dalam Misi Nasional.
PBS
mula dilaksanakan di Sekolah Rendah pada tahun 2011 dan diperkenalkan di
peringkat Sekolah Menengah pada tahun 2012. Justeru pada tahun 2016 murid-murid
sekolah rendah akan menduduki UPSR yang telah ditambahbaik. Pada tahun 2014
pula PMR akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bentuk PBS (LPM, 2013).
Pentaksiran
berasaskan sekolah ini memberi kebebasan kepada guru-guru serta sekolah untuk
memilih kandungan ujian yang dilihat menghapuskan sistem peperiksaan sedikit
demi sedikit. Murid-murid juga bebas untuk memberikan pendapat masing-masing dan
mereka juga sentiasa digalakkan untuk mengambil peranan yang aktif dalam setiap
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
2.0 ISU – ISU TERKINI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
Guru
merupakan komponen utama dalam proses pengajaran bilik darjah (Mohd Uzi, 2007).
Menurut Nik Azis (2008a), diantara peranan guru matematik adalah untuk membantu
pelajar menguasai kemahiran matematik, menguasai kebolehan penyelesaian masalah
matematik, membina pengetahuan matematik yang sofistikated dan menghayati
pengetahuan matematik. Beliau seterusnya menyatakan bahawa peranan guru
tidaklah hanya setakat itu sahaja. Guru
matematik perlu berperanan sebagai pembimbing teladan, agen perubahan, sumber
aspirasi, pemudah cara atau sumber pengetahuan
bergantung pada konteks pengajaran dan pembelajaran yang tertentu.
Dewasa
ini beberapa isu kritis yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran
matematik telah dikenalpasti. Dalam
laporan Trends in International
Mathematics and Science Study (2003) diantara isu pengajaran dan
pembelajaran yang dinyatakan adalah
kesukaran menentukan kaedah pembelajaran yang betul, pertelingkahan
tentang metodologi pengajaran matematik, penentuan kandungan kurikulum serta kesukaran dalam
pengembangan nilai dalam pengajaran matematik. Disamping itu kredibiliti
guru matematik dalam mentaksir pencapaian pelajar dalam penilaian Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) juga merupakan sebahagian daripada isu terkini dalam pendidikan matematik (Nik
Azis, 2008a).
Persoalan
mengenai kredibiliti guru bukanlah asing dalam pelaksanaan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (Val Klenowski, 2013). Pengalaman dari negara yang terdahulu
melaksanakan PBS seperti Australia, Hong Kong, England dan banyak lagi
menunjukkan trend yang sama. Penulisan ilmiah ini akan memberi tumpuan khusus
terhadap kredibiliti guru matematik dalam mentaksir pencapaian pelajar dalam
penilaian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Prof
Kerry Kennedy dalam seminar School –
Based Assesment: Prospect And Realities In Asian Context mengatakan
(Kerry Kennedy, 2013):
“Increased teacher and student
workload, lack of community confidence in school based processes and even lack
of confidence by teachers themselves emerge as key issues during
implementation. Perhaps of mores ignificance is the reluctance to accept
responsibility for high stakes school based assessment”.
Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara maju
pada tahun 2020, telah melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). PBS
yang dilaksanakan buat pertama kali pada tahun 2011 ini mendapat reaksi yang
berbeza dalam kalangan guru, ibu - bapa, pelajar dan masyarakat awam.
Salah
satu isu yang dibangkitkan dalam melaksanakan PBS adalah sejauhmana kredibiliti
guru dalam mentaksir pencapaian pelajar?Adakah guru mempunyai integriti dalam
melaksanakan PBS? Sejauhmanakah jaminan kualiti yang dilaksanakan oleh Lembaga
Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan Jurulatih
Utama mampu menjadikan guru jujur dan integriti? Adakah terdapat ruang untuk
guru melakukan manipulasi dari segi evidens?Adakah pentadbir di sekolah melihat
PBS sebagai pentaksiran holistik pelajar atau budaya sekolah mengejar ranking
menjadi keutamaan?
Dalammatapelajaran
matematik, Lembaga Peperiksaan telah mengeluarkan Dokumen Standard Prestasi
(DSP)yang memberi panduan kepada guru matematik melaksanakan PBS. DSP ini yang mengandungi band,deskriptor dan
evidens menjelaskan secara terperinci kepada semua guru matematik dalam menilai
pelajar. Selain DSP, guru juga diberikan
Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) yang mesti diikuti
oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.
3.0 KREDIBILITI GURU MATEMATIK
Pengajaran
dan pembelajaran subjek matematik sebelum 2011 adalah berorientasikan
peperiksaan. Pelajar dinilai dengan peperiksaan awam di peringkat Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).Guru
mempunyai matlamat yang khusus iaitu meningkatkan prestasi pelajar dalam setiap
peperiksaan awam. Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah
(PPD) akan mengeluarkan ranking pencapaian dari segi peratusan dan GPS. Sekolah
yang mendapat prestasi yang rendah akan dipantau dan dikunjungi oleh pegawai di
peringkat JPN dan PPD. Guru matematik yang menghasilkan pelajar yang prestasi
yang rendah akan diberikan kursus khas dalam membantu meningkatkan prestasi
pelajar.
Pelaksanaan
PBS dalam subjek matematik membuka dimensi baru kepada guru matematik.Selain
itu ianya memberikan suatu situasi dimana pegawai di JPN dan PPD tidak dapat
mengeluarkan rangking sekolah mengikut prestasi. Timbul situasi dimana, guru
cuba memberikan band yang tidak menepati pencapaian sebenar pelajar. Sebagai
contoh, dengan merujuk DSP guru memberikan peluang pelajar berbincang dalam
menyelesaikan evidens PBS.Dalam situasi yang lebih buruk guru meminta pelajar
menyalin. Contohnya dalam PBS Matematik tingkatan 2, pelajar diminta untuk menjawab soalan
berikut bagi band 5 deskriptor 2 dan eviden 1.
Jadual 1: Contoh soalan bagi band 5 deskriptor 2 eviden 1
Autoriti sepenuhya diberikan kepada guru. Jika guru dapat
menunjukkan bukti pelajar mempunyai evidens, pelajar akan diberikan penilaian
sebagai memenuhi band yang berkenaan. Pentadbiran soalan yang dijawab tidak
ditetapkan. Ada peluang bagi guru yang tiada integriti untuk memanipulasi
keadaan ini tanpa diketahuai oleh semua pihak yang menjalankan jaminan kualiti.
KPM juga telah menjalankan sistem headcount bagi setiap pelajar. Dalam sistem headcount, semua
pelajar diberikan markah awal target of
value (TOV) dan juga jangkaan markah di akhir tahun persekolahan , excpected target result (ETR). Disamping
pelajar juga mesti menunjukkan peningkatan semasa peperiksaan penggal dan
pertengahan penggal iaitu operational
target 1 dan operational target 2.
Guru yang tidak dapat memenuhi ETR akan dianggap tidak berjaya dalam pengajaran
dan pembelajaran. Ada ruang dan peluang terutamanya bagi guru matematik
memanipulasi PBS sebagai memenuhi kriteria
headcount. Walaupun keputusan PBS tiada dalam sistem headcount,
pengalaman lepas guru akan menjadikan guru memanipulasi PBS.
Lembaga Peperiksaan telah mengeluarkan Pentaksiran
Berasakan Sekolah;Soalan – soalan lazim bagi memberi penjelasan kepada semua
guru, ibu – bapa, pelajar dan masyarakat awam mengenai PBS. Soalan 2.8 dalam
soalan – soalan lazim adalah:
2.8 Adakah instrumen PS perlu diselaraskan
antara murid, kelas dan sekolah?
Instrumen PS tidak perlu
diselaraskan kerana guru perlu mempelbagaikan instrumen mengikut kesesuaian
murid.
Walaupun secara jelas Lembaga Peperiksaan mengarahkan
instrumen pentaksiran tidak perlu diselaraskan, terdapat PPD dan JPN atas
inisiatif sendiri menyelaraskan instrumen. Sebagai contoh di sebuah daerah di
Johor, instrumen PBS untuk matematik adalah selaras. Malah ada PPD yang muat
naik instrumen ke dalam internet. Kredibiliti sebahagian guru dalam hal
penyediaan instrumen ini menyebabkan instrumen ini “bocor” dan ada peluang bagi
pelajar membuat instrumen ini di rumah.Oleh kerana subjek matematik banyak
melibatkan nombor dan pengiraan, pelajar yang tidak menguasai sesuatu
topik berkemungkinan menghafal jalan
kerja bagi mencapai band tertentu.
Soalan 2.15 dalam soalan lazim mencatatkan;
2.15 Adakah murid yang belum menguasai kemahiran/pengetahuan dalam PS
perlu ditaksir semula?
Murid perlu ditaksir semula
sehingga murid menguasai pengetahuan/kemahiran dalam PS.
Disini
timbul persoalan utama dalam subjek matematik, kebanyakan guru akan menggunakan
instrumen yang sama. Oleh kerana instrumen telah diselaraskan, guru yang tiada
kredebiliti akan menggunakan instrumen yang sama. Ini bermakna pelajar akan
membuat soalan yang serupa. Dalam subjek matematik ini akan melibatkan nombor
yang sama sahaja.
Seorang
guru matematik harus memastikan anak didiknya mampu menguasai subjek yang
diajar bukan sahaja untuk lulus peperiksaaan, bahkan membimbing mereka agar
memahami mengapa mereka wajar menguasai setiap yang diajar. Begitu juga dengan
guru subjek Bahasa, Agama, Sejarah, Lukisan, Sastera dan sebagainya.
Subjek
matematik adalah penting dalam pembentukan negara maju.Sebarang perubahan dasar
hendaklah difikir, dibincang, dikaji sedalam - dalamnya.Ketika mana Malaysia
mengambil contoh dari negara luar yang pencapaian matematiknya adalah lebih
baik, harus juga diambil kira situasi di dalam negara.Sistem pendidikan keseluruhanya
perlu dikaji dengan tidak mementingkan keputusan akademik semata – mata,
sebaliknya penekanan kepada nilai dan modal insan adalah lebih penting.Ini
adalah kerana dari sistem yang mementingkan nilai yang baik, maka lahirkan
generasi guru matematik yang berkredibiliti dan berintegriti.
Dalam
pada itu, sistem penilaian peringkat sekolah yang dilaksanakan Kementerian
Pelajaran Malaysia menggantikan kaedah peperiksaan yang dilaksanakan untuk
pelajar sebelum ini mampu meningkatkan kredibiliti seseorang guru. Ini kerana
pentaksiran berasaskan sekolah memberi hak 100% kepada guru untuk menilai
pelajar – pelajar semasa di dalam kelas. Penilaian sebanyak 60% oleh guru dan 40% markah
peperiksaan peringkat pusat akan diambil kira dalam memberikan pelajar gred
sebagai keputusan yang menentukan hala tuju pelajar tersebut. Penilaian
peringkat sekolah membolehkan guru menilai prestasi serta membimbing pelajar
tersebut untuk memberikan yang terbaik sepanjang proses pembelajaran di dalam
kelas.
Bibliografi
Kementerian Pelajaran Malaysia (2013), Dokumen Standard
Prestasi.
Kerry
Kennedy (2013), High Stakes School-Based Assessment and Cultural Values: Beyond
Issues of Validity.
Lembaga Peperiksaan Malaysia (2013), Pentaksiran Berasaskan
Sekolah: Soalan – soalan Lazim.
Mohd
Uzi bin Dollah (2007), Penerapan Nilai Dalam Pengajaran Guru Matematik Sekolah
Menengah : Satu Kajian Kes. USM.
Nik Azis, N. P. (2008). Isu-isu kritikal dalam pendidikan
matematik. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya
Norzila Mohd Yusof (2013), School - based Assessment:
Transformation in Educational Assessment in Malaysia.
Queensland
Studies Authority (2010), School Based Assestment, The Quensland System.
Trends
In International Mathematics and Science Study Report (2003)
Val
Klenowski (2013), School-Based Assessment, Standards, Teacher Judgement and
Moderation: Messages from Research.
No comments:
Post a Comment