Bukan sedikit keluhan yang kami terima mengenai Sistem
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Ramai sahaja guru-guru yang mengeluh
apabila sistem ini mula dilaksanakan pada tahun 2011 bermula dengan sekolah
rendah dan kemudian sekolah menengah.
Hari ini, di dalam akhbar Sinar Harian, kenyataan dari Dr
Mohd. Agus Yusoff menceritakan serba-sedikit keluhan guru dengan sistem PBS
ini.
Daripada apa yang dinyatakan di atas, di antara kelemahan
yang ketara adalah mengenai sistem PBS itu sendiri yang dikatakan, tidak
“berkualiti dan menyusahkan” guru-guru untuk memasukkan data. Di antara lain
masalah yang dikenalpasti adalah, PBS ini menambahkan beban kepada guru yang
dikatakan sudah terbeban dengan bermaca-macam lagi tanggungjawab mereka sebagai
guru.
Niat kerajaan memperkenalkan sistem ini memang baik, tapi
nasihat kami, ada 2 perkara yang perlu diperbaiki bagi memastikan sistem PBS
ini dapat mencapai matlamat sebenar iaitu :
Guru umpama lilin.Kalau dah terbeban dengan
bermacam-macam tugas, bagaimana guru hendak fokus dalam tugas utama mereka
iaitu mengajar anak-anak murid? Apa komen guru-guru di malaysia mengenai isu
ini.